Gerakan bawah tanah (myx)

Baru-baru nie terdapat satu gerakan bawah tanah di myx (berdasarkan bahasa, ia dipercayai dari negara jiran) yang sedang cuba sedaya upaya menjatuhkan Travian malaysia (mungkin dia ada dendam lama?). Berikut merupakan apa yang pemain tersebut tulis:

++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++

sorry mencelah forum ally ini…nampaknya ramai orang dari indonesia yang
bermain di server msia speed…
bagi yang faham bahas saya..sila amati ayat yang saya ingin tujukan kepada
travianers
semalam saya kena diserang oleh sebuah kampung popnya hanya 57 dan dia
menghantar 201 askar belantan dalam masa 1 1/2 hari mustahil dia punyai askar
sebanyak ini!! percayakah anda!!!!
mustahil ader player yg punyai troops sebanyak ini dlm masa singkat!! nmpaknya
multi hunter sudah pecah tembelangnya.. yang mana konco2nya termasuk admin
travian yang boleh mengubah kuantiti tentera dan sumber sesuka hati… kerna
paswod admin pengubahsuaian dipegang oleh mereka…
buktinyaaa..apabila anda di banned kapasiti gudang anda akan jatuh yang mana MH
akan mengubah mengunakan paswod adminnya…
MH juga boleh memilih rakannya yang mana boleh meletak kuantiti troops sesuka
hati mereka…
ini bermakna player travian telah ditipu bulat2 oleh admin… buat penat sahaja
player yang bersengkang mata dan terlepas solat, mengaji dan mcm2 lagi… mmg
betul ini ini strategi marketing mereka untuk mengallakan player terpaksa
membeli gold bagi tingkatkan sumber mereka…tapi ini tiada keadilan!! biar main
sama-sama dari zero…

++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++

Adakah memiliki 200 belantan dalam tempoh 11/2 hari adalah sesuatu yang mustahil bagi pelayan myx? Ini saya beri peluang pada otai2 travian yang jawab kerana saya tahu mereka ada jawapannya ^_^

Tolong bagi troops dan sumber? dari saya bagi 200, kan lagi bagus saya bagi 2 juta belantan terus, kan lagi cepat menang. Sebenarnya banyak kali orang kata admin tolong kawan2, mh tolong kawan2 dan sebagainya. Saya bercakap secara umum, asasnya adalah tidak mustahil perkara tersebut berlaku biarpun saya memantau penuh setiap pasukan travian (saya bukan berdiri di belakang kerusi team setiap masa). Tetapi, tahukah anda sepanjang Travian di malaysia, sama ada di speed server mahupun normal server, TIADA seorang pun pasukan travian yang pernah menang WW ataupun Penyerang terbaik. Setahu saya, pencapaian terbaik adalah pemegang WW. Adakah ini seperti kawan2 dapat kelebihan?

Malahan untuk pengetahuan pemain, Mh juga memiliki kuasa yang sangat terhad. Mereka pelaksana undang2, oleh itu hanya kuasa melibatkan undang2 diberikan kepada mereka. Seorang rakan saya sejak kecil ada bermain Travian (ramai yang kenal), tetapi tahukah anda sehingga hari ini, dia tidak pernah bermain travian sehingga tamat? Malahan saudara kandung saya sendiri (ramai juga yang kenal) juga bermain dan tidak pernah menamatkan permainan. Pelayan terbaru yang dia main, dia akhirnya berhenti bermain sebelum pertengahan permainan (artifak pun belum keluar) kerana kampungnya teruk diserang (kedua dua mereka memang pakar pemberontak server dan penggila perang).

Kawan2 dapat kelebihan? tolong jangan buat kelakar dengan saya ^_^

Ini pula post kedua pemain yang sama.

++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++

last sessioan myx saya dapat juga sebegini..tapi lebih teruk dalam masa 2 hari
400 askar belantan ada pada sebuah kampong!!! masa tu saya sendiri yg kena
serang…memang MH/admin yang sengaja buat sebegini…
secara logiklaa…klu wat serangan 24 jam pun tak akan ader yang perolehi aska
yang byk dlam masa sesingkat ini!! lu fikirla sendiri..klu banyak akaun mungkin 20 pun x kkan MH x perasan?!! pasti kena block penghantaran resos!!
kerana MH terlalu zalim dan syok sendiri ramai player dah perasan perkara ini..
saya ader main di ukx dan ader player yang senasib dengan saya mengatakan bahawa
pemenang sudah ada walhal server baru berjalan sebulan!!!
daripada membazir wang baik kita sedekah pada fakir miskin lebih baik…
HQ travian ini berpusat di German … pada bulan lepas saya ader terbaca
newspaper.. (kerajaan German menolak pemakain tudung di negaranya)!!!

++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++

Untuk post kedua nie, semakin jelas tujuan pemain tersebut membuat fitnah. Saya serahkan kepada pemain untuk menilainya sendiri.

Jika anda rasa Travian menipu dan sebagainya, sila berhenti membeli emas dan teruskan bermain dengan percuma bersama rakan-rakan anda ^_^

This entry was posted in Dari meja admin. Bookmark the permalink.

11 Responses to Gerakan bawah tanah (myx)

  1. Castello says:

    Tidak mustahil..setahu saya Mh tiada kuasa untuk memberikan jumlah askar..

    Apa yang mustahil..dengan 200 CS dalam sehari..? Anda pemain gold..?
    Saya main tanpa ikut arahan atau penetapan iaitu mengambil sumber 3 jam sekali..sumber pertama buat bangunan utama tahap 3 diikuti titik perhimpunan tahap satu dan berek tahap satu..terus pam troops..

    dr situ sudah boleh dapat 30 cs setiap hasil 3 jam..org yang lama pasti tau mana nak cr sumber..sumber pertama sebelum abis pantang untuk farm oasis..

    Apa yang mustahil dengan 200CS..saya pernah lebih dr tu dalam tempoh 24 jam.

  2. ayep says:

    tudia bro castello dh tego dh..
    sudah2 katop topik ni..
    “_”

  3. Con_Pudg3 says:

    lol.. kalau nak diikutkan 1 1/2 hari 200 cs jumlah yg sedikit..mmg castello penah buat lebih dari itu..aku jadi saksi..

  4. rionix88 says:

    tak mustahil.. kalo myx 200 tu siket je

  5. kukubesi says:

    haha kelakar plak admin blog ni… kalu myx 200 cs tuh celah gigi ler.. tgk pop dia 57, dia fokus pada troops je la.. nama pun teuton.. itu cara teuton sebenarnya.. haha

  6. ray!ban @seth tan@ bass says:

    200 sehari???senang sgt nak dpat…tak yah main pop..pump askar suda…kat myx mmg tak mustahil…klu sever normal 200 cs susah gak nak dapat tu…aku tak main gold pun leh dapat 200 cs sehari :P..

  7. Anonymous says:

    we korang tlong hantar 500 sumber kt kg lord boleh tk pemain weas

  8. Anonymous says:

    spe kt sini pemain server my2 . tlg hantar sumber aq aq plz . tlg id name cinakongket

  9. Anonymous says:

    sakai

Leave a comment